Kulit wajah cerah dalam tempoh empat hari - Utusan Malaysia

Kulit wajah cerah dalam tempoh empat hari

Formula arbutin dan niacinamide membantu mencerahkan kulit dalam tempoh singkat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Wanita Asia memang suka berkulit cerah. Kalau tidak, masakan produk pemutih, laris bagaikan pisang goreng panas.

Banyak produk penjagaan wajah menampilkan formula pencerahan diterima dengan baik wanita tempatan.

Tanyalah mana-mana wanita, berapa banyak produk penjagaan wajah mereka miliki yang diperkaya dengan rumusan kulit cerah?.

Jelapang wajah cerah turut melambangkan status wanita lebih tinggi. Walaupun ada mengatakan tidak adil menilai warna kulit, memang sukar merubah mentaliti yang satu ini.

Baru-baru ini Nanowhite tampil dengan Spot Correction Advanced Serum. Serum diperbaharui ini berupaya memudarkan bintik hitam pada wajah dalam tempoh hanya empat hari penggunaanya, menerusi kehebatan arbutin dan niacinamide di dalamnya.

Arbutin adalah ekstrak molekul daripada tumbuhan bearberry yang berkesan untuk mencegah pembentukan melanin, mencerahkan bintik hitam secara efektif, mengurangkan kesan parut jerawat serta memperbaiki penampilan wajah dengan tona kulit yang lebih rata.

Manakala Niacinamide, sejenis nutrien diformulasi khusus untuk memperhalusi pori dan tekstur kulit, menjadikan kulit lebih licin dan cerah.

Menariknya, serum ini sudah diuji secara dermatologi dan klinikal, terbukti dapat mengurangkan bintik gelap, lantas wajah pemakai akan kelihatan lebih berseri.

Teknologi pengkapsulan nanonya pula, bertindak sebagai ejen pencerah hingga ke bahagian dalam kulit lalu melepaskannya apabila diperlukan.

Gabungan teknologi penjagaan kulit inovatif serba baharu yang melengkapkan ramuan utama, formulasi istimewa ini melengkapkan lagi rangkaian produk ini.

Sementara itu, Ketua Pemasaran dan E-Commerce Tohtonku Sdn. Bhd., Vicky Lim, berkata menerusi serum diperbaharui ini, Nanowhite bukan sahaja berupaya menukar penampilannya bekasnya dengan gaya lebih moden, tetapi turut berusaha meningkatkan formulasi produk agar dapat memberikan solusi terbaik buat wanita.

Ada dua rangkaian memenuhi keperluan jenis kulit berbeza disediakan iaitu Rangkaian Nanowhite Spot Correction untuk kulit berminyak dan kombinasi, manakala rangkaian Nanowhite Double Action untuk kulit normal ke kering.

Selain serum, ada dalam rangkaian ini ialah pembersih, penyegar dan pelembab yang ditawarkan pada harga antara RM25.50 hingga RM79.90.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×