Ibu mangsa gangguan seksual buat sumpah laknat - Utusan Malaysia

Ibu mangsa gangguan seksual buat sumpah laknat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selepas video seorang lelaki didakwa abang mangsa gangguan seksual membuat sumpah laknat, kini ibu mangsa pula melafazkan sumpah tersebut.

Video sumpah laknat berdurasi 49 saat itu didedahkan kepada orang ramai menerusi Telegram Firdaus Wong Wai Hung yang sebelum ini begitu lantang mendedahkan isu kontroversi melibatkan penceramah terkenal terbabit.

Menerusi video itu, wanita berkenaan bersumpah dengan nama Allah bahawa anak pe­rempuannya mengalami kemurungan dan cuba membunuh diri selepas diganggu penceramah ter­kenal terbabit.

“Bismillahirahmanirahim, Wallahi, Wabillahi, Watallahi, saya bersum­pah dengan nama Allah bahawa anak saya me­ngalami kemurungan dan cuba membunuh diri setelah (individu itu) melakukan perbuatan terkutuk menerusi WhatsApp dan panggilan video terhadap anak saya.

“Jika saya berdusta, Ya Allah laknatilah saya,” katanya menerusi video berkenaan.

Sementara itu, Firdaus Wong mendakwa, ibu kepada mangsa telah mengizinkan dirinya untuk berkongsikan video sumpah laknat memaparkan anaknya telah menerima gangguan seksual.

“Mereka mengizinkan kerana mahu memberikan kesedaran kepada masyarakat yang perkara itu memang berlaku dan mengalakkan lebih ramai mangsa tampil membuat laporan polis.

“Buat masa ini, nama dan wajah mereka dirahsiakan dahulu, apabila tiba masanya mereka semua akan tampil ke khalayak ramai demi sebuah kebenaran,” dakwanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×