Mukadimah: Bergegar sebentar tanah air susulan pendedahan baru-baru ini berhubung tindakan pihak asing ‘memayungi’ ahli politik di negara ini. Tindakan itu nyata menjejaskan asas sistem politik negara, apabila ia mempengaruhi keputusan sesuatu pilihan raya, seterusnya mendorong langkah-langkah seperti lompat parti dan sebagainya yang membawa kepada kejatuhan sesebuah kerajaan. Soalnya, sejauh mana isu membabitkan dana politik serta lompat parti ini menjejaskan kestabilan politik dan keselamatan negara? Perlukah diperkasakan sebarang undang-undang…