Pertindihan kuasa Petronas, Petros perlu diselesai melalui saluran perundangan

Pertindihan kuasa Petronas, Petros perlu diselesai melalui saluran perundangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pertindihan kuasa antara Petroliam Nasional Bhd. (Petronas) dan Petroleum Sarawak Bhd. (Petros) perlu diselesaikan melalui saluran perundangan ekoran perkara itu sudah dibawa ke mahkamah.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, beliau sedia maklum mengenai kewujudan pelbagai pandangan dan reaksi awam berhubung isu itu termasuk di media sosial serta respon daripada Sabah dan Sarawak.

Menurut beliau, kerajaan akan terus mengikuti rapat perkembangan mengenai kes tersebut.

“Memandangkan kes Petronas dan Petros sudah pun dibawa ke mahkamah, jadi biarlah mahkamah yang memutuskan perkara berkenaan.

“Kita akan melihat apa keputusannya nanti, melalui apa yang sudah dibawa di peringkat mahkamah,” katanya selepas melancarkan Dashboard MA63 di Bangunan Parlimen, di sini hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said menerusi jawapan bertulis Dewan Rakyat memaklumkan bahawa Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) tidak mengandungi sebarang peruntukan mengenai pemilikan, pengurusan atau pengawalseliaan sumber minyak dan gas.

Jelas beliau, undang-undang itu juga tidak mengatur peranan entiti petroleum seperti Petronas atau Petros.

Katanya, MA63 berfungsi sebagai dokumen asas yang menetapkan pembentukan Malaysia, termasuk hak serta autonomi tertentu bagi Sabah dan Sarawak. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN