AR-RAUDHAH Adalah penting bagi setiap anak bangsa mencintai dan memberi perhatian dalam membangun dan memajukan negara. Memiliki sifat patriotik adalah satu kebanggaan bagi anak bangsa untuk membela dan melindungi negara daripada kerosakan. Dalam sambutan Hari Malaysia tahun ini, amat perlu bagi kita sebagai anak bangsa memberi perhatian yang mendalam demi menjaga nilai-nila keharmonian dan kekeluargaan di antara rakyat Malaysia. Negara adalah gabungan rakyat, wilayah bersempadan dan kerajaan yang memiliki undang-undang…