Randy belum ‘gantung gitar’ - Utusan Malaysia

Randy belum ‘gantung gitar’

Randy Pangalila.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon dan penyanyi, Randy Pangalila memaklumkan dia belum bersara daripada dunia nyanyian tetapi fokus apa yang sedang diusahakan buat masa kini.

Menurut Randy atau nama lengkapnya Randy Dionisius Pangalila, 31, yang popular menerusi lagu Everything I Need, kali terakhir dia menghasilkan lagu adalah sekitar empat tahun lalu.

“Muzik adalah terapi aku. Sudah lama betul tidak beraksi di arena muzik. Terakhir kali pada 2017 mungkin.

“Tapi sebenarnya aku tidak pernah meninggal dunia nyanyian. Cuma fokus yang sekarang ini saja. Mungkin satu hari nanti akan kembali,” ujarnya di Instagram.

Sebagai informasi, sebanyak sembilan buah lagu dihasilkan dalam album The Secret pada tahun itu sebelum Randy padat dengan jadual lakonan, antaranya Sampai Akhir Waktu, Sebelum Kau Ada dan Selamat Tinggal.

Menjengah ruangan komen bapa kepada seorang cahaya mata itu, rata-rata peminat setia menantikan kemunculan lagu terbaharunya dan tidak sabar untuk mendengar dendangan suara jejaka kelahiran Surabaya itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya