MINUMAN bijirin beras perang berkhasiat dapat membekalkan tenaga dan sesuai bagi individu yang mengamalkan diet lebih sihat.
Beras perang mengandungi kandungan serat yang tinggi membantu sistem kolon dan penghadaman yang sempurna.
Pengambilan minuman bijiran beras perang dapat mengelakkan daripada masalah penghadaman atau sembelit kerana mendapat kebaikan daripada serat yang tinggi.
Terbaharu, produk rangkaian ecoBrown’s Plus Series Brown Rice Drink menawarkan minuman bijirin beras perang dengan tiga varian perisa, Cereal Plus (Original), Cocoa Plus dan Coffee Plus yang diadun sempurna dengan bijirin dan oat yang sihat.
Ia padat dengan khasiat penting seperti vitamin B1, B2, B3 dan B6 serta tidak mengandungi lemak trans untuk memberi rasa enak.
Gabungan campuran beras perang, merah dan hitam yang berkualiti tinggi, memberi kepuasan kepada penggemarnya.
Pengurus Besar Serba Wangi, Zishi Low berkata, pelancaran rangkaian produk terbaharu ini bersempena kempen #BeWholeWithecoBrowns bagi menggalakkan gaya hidup sihat dan seimbang.
“Memandangkan semakin ramai rakyat Malaysia mula mengamalkan diet yang lebih sihat bagi menjalani kehidupan seimbang, pengambilan produk ini dapat menggalakkan dan memberi inspirasi kepada mereka untuk meneruskan gaya hidup sihat.
“Tidak dinafikan, agak sukar untuk menjalani gaya hidup aktif terutama dalam menguruskan kerjaya dan mengekalkan hubungan berkualiti. Dengan mengamalkan minuman bijiran beras perang, secara tidak langsung ia dapat memberi keseimbangan gaya hidup dan kehidupan yang sihat,” katanya.










