Pandemik Covid-19 yang melanda sejak setahun lalu bukan sahaja mengubah cara hidup kebanyakan orang, malah turut mempengaruhi aspek pemakanan dalam kehidupan seharian.
Kajian Mead Johnson Nutrition mendapati lebih ramai rakyat negara ini memberi perhatian kepada pengambilan makanan kesihatan sejak pandemik melanda.
Kaji selidik membabitkan 3,000 responden menunjukkan 60 peratus rakyat mempunyai perubahan positif terhadap kesihatan imuniti dengan 67.5 peratus responden telah mengambil lebih banyak produk nutrisi untuk meningkatkan tahap kesihatan.
Selain itu, kebanyakan responden juga percaya pemakanan merupakan aspek penting dalam menguatkan imuniti tubuh badan.
Oleh itu, lebih ramai yang mengubah tabiat pemakanan dengan mengambil makanan sihat seperti sayur dan buah-buahan selain meningkatkan pengambilan produk nutrisi.
Perunding Perubatan, Pakar Alergi dan Imunologi Hospital Gleneagles, Dr. Kent Woo Chee Keen berkata, tahap imuniti merosot seiring peningkatan usia dan menyebabkan daya tahan semakin lemah.
“Menjaga pemakanan dengan sewajarnya yang boleh membantu pembangunan dan perkembangan sistem imun. Amalan gaya hidup sihat dan tanpa tekanan ialah antara cara terbaik untuk menguatkan sistem imun.
“Nutrien seperti beta-glukan yis didapati boleh meningkatkan sistem imun. Beta-glukan daripada sumber berbeza memberikan fungsi kesihatan berbeza, manakala yis beta-glukan ialah jenis beta-glukan yang menyokong sistem imun,” jelasnya.
Bagi menyokong usaha rakyat Malaysia, Mead Johnson Nutrition melancarkan kempen ‘Aktifkan Imuniti Anda, Aktifkan Kehidupan Anda’ dengan memperkenalkan susu berkhasiat untuk orang dewasa, PROVITAL Immuna Plus.
Susu pertama seumpamanya yang diperkenalkan oleh jenama itu mempunyai tiga perlindungan imuniti iaitu beta-glukan, selenium dan vitamin C bagi membantu menguatkan fungsi imun badan.
Pengurus Besar, Gonzalo Balcazar yakin pelancaran tersebut dapat membantu rakyat lebih sihat dan mengukuhkan benteng pertahanan semula jadi badan.
“Susu tepung yang tinggi kandungan kalsium dan protein ini boleh dimasukkan ke dalam diet harian untuk meningkatkan tahap imuniti dan daya pergerakan.
Ramuan utamanya seperti yis beta-glukan membantu menyokong sistem imun yang membina daya tahan terhadap selesema. Dua gelas PROVITAL Immuna Plus akan membekalkan 204mg yis beta-glukan, iaitu paras yang disyorkan untuk mencapai keberkesanan,” ujarnya.










