Isu air sungai, tasik dan kolam mungkin sudah biasa kita dengar tercemar dengan pelbagai bahan kimia, tetapi apakah penyelesaian? Ini yang cuba dilakukan oleh penyelidik Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Dr. Nahrul Hayawin Zainal. Beliau menjalankan penyelidikan bertajuk ‘Karbon teraktif tempurung sawit untuk rawatan sisa air’. Beliau yang juga pakar bioteknologi industri dan teknologi alam sekitar daripada Unit Teknologi Biojisim, Bahagian Kejuruteraan dan Pemprosesan MPOB mula menjalankan penyelidikan pada 2019…










