Dua lelaki maut, dua lagi cedera nahas di Kuala Krai - Utusan Malaysia

Dua lelaki maut, dua lagi cedera nahas di Kuala Krai

KEADAAN lokasi kemalangan di Simpang Tiga Manik Urai Lama, Kuala Krai, Kelantan. - IHSAN BOMBA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA KRAI : Dua lelaki maut manakala dua lagi cedera dalam kemalangan membabitkan dua buah kenderaan di kawasan berhampiran Simpang Tiga Manik Urai Lama, di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.15 pagi itu, kemalangan melibatkan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Perodua Kembara dan sebuah Honda City VTEC.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Krai, Penolong Penguasa Bomba Nik Ahmad Afsham Nik Pa berkata, mangsa yang maut ialah pemandu Perodua Kembara serta penumpang Honda City dan kedua-duanya disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Dua mangsa yang cedera adalah pemandu Honda City dan penumpang Perodua Kembara,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN