fbpx

Sambal tempoyak daun kayu original Negeri Sembilan

Sambal daun kayu.

Bila durian banyak pasti ada yang buat tempoyak, kan? Sedap sungguh makan nasi dengan menu berasaskan tempoyak. Kepada peminat tempoyak, apa kata cuba buat sambal tempoyak daun kayu.

Nazuhaina Mohd Nor, berkata sambal menjadi lebih sedap kalau menggunakan tempoyak baharu. Bagi dirinya, dia tidak menggunakan bahan tambahan untuk dimasukkan ke dalam tempoyak. Cukup sekadar campuran isi durian, garam dan gula sahaja.

Senang sahaja membuat tempoyak. Bolehlah cuba membuat tempoyak sendiri dan kemudian simpan sebagai stok.

Sambal tempoyak daun kayu original Negeri Sembilan

Bahan-bahan:

1 ikat pucuk ubi – dihiris
5 helai daun kunyit – dihiris
20 helai daun kaduk – dihiris
10 helai daun mangun – dihiris
5 batang serai – dihiris
Petai – ambil isi sahaja
Ikan bilis
1 kilogram (kg) tempoyak mentah
1 kg santan pekat (4 biji kelapa )
Garam secukup rasa

Bahan Kisar:

1/2 cawan cili api
2 inci kunyit hidup

Cara membuat sambal tempoyak daun kayu

1-Hiris halus pucuk ubi, daun kunyit, daun kaduk, daun mangun, dan serai terlebih dahulu.
2-Kisar cili padi dan kunyit hidup. Masukkan terus ke dalam kuali.
3-Kemudian masukkan santan dan tempoyak. Setelah mendidih, barulah masukkan bahan-bahan yang telah dihiris tadi.
4-Selepas itu masukkan ikan bilis dan petai. Kemudian kacau dan masak sehingga pekat.
5-Perasakan dengan garam. Sudah siap boleh dimakan.

Terima kasih : Nazuhaina Mohd Nor
Facebook : Nazuhaina Azu / https://www.facebook.com/nazuhaina.azu

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN