Sambal hitam pembuka selera - Utusan Malaysia

Sambal hitam pembuka selera

SAMBAL hitam belimbing buluh menambah selera. -GAMBAR: AMIR HAFIZ
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Bagi yang ingin mencuba resipi baharu semasa ada banyak masa dalam tempoh Pergerakan Kawalan Pergerakan Terhad (PKPD), apa kata anda cuba buat sambal hitam Pahang atau sambal hitam belimbing buluh.

Rasanya yang enak, cukup masin, masam dan pedas pasti menyelerakan. Dimakan dengan nasi panas sahaja pun dah cukup.

Tetapi bagi mereka yang suka menu berkuah, boleh sahaja ditambah menu kari atau masak lemak, ia lebih enak.

Kali ini, Siti Herdawati Hamidun, 38, berkongsi resipi dan cara-cara menyediakan sambal hitam untuk santapan seisi keluarga.

SITI HERDAWATI HAMIDUN

Ramai beranggapan penyediaannya renyah kerana makan masa yang lama tetapi jika disediakan untuk makan sekeluarga, masa memasaknya hanya kira-kira sejam.

Guru yang berasal dari Raub, Pahang ini mewarisi resipi ibu.

Selain untuk makan sendiri, beliau turut menerima tempahan daripada para penggemar sambal hitam ini terutama bagi yang tinggal sekitar Puncak Alam, Selangor.

Bahan utama yang menentukan kesedapan sambal ini adalah ikan bilis premium selain belimbing buluh. Yang agak leceh adalah proses mengopek ikan bilis.

Namun ia boleh dilakukan bersama anak-anak sebagai salah satu aktiviti mengisi masa lapang dalam PKPD.

Selamat mencuba!

Bahan-bahan
* 300g ikan bilis
* 600g bawang besar dihiris
* 100g cili merah
* 50g cili padi hijau
* 100g belimbing buluh rebus
* 500g minyak masak
* 1 sudu garam

Cara masak
1. Panaskan minyak masak, tumis bawang merah yang dihiris.
2. Setelah bawang layu, masukkan ikan bilis yang ditumbuk kasar, cili merah dan cili padi yang telah dikisar bersama belimbing buluh.
3. Kacau sebati masukkan garam.
4. Masak sehingga garing. Kena selalu dikacau untuk mengelakkan daripada hangit.
5. Sedia untuk dihidangkan.

Sambal hitam enak dimakan dengan nasi sahaja ataupun ditambah menu masak lemak.
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN