Rai teman dengan pilihan aiskrim dan coklat - Utusan Malaysia

Rai teman dengan pilihan aiskrim dan coklat

Antara aiskrim Inside Scoop coklat Cadbury.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Kalau diberikan pilihan sama ada bunga atau aiskrim, tentu ramai sukakan pemanis mulut yang sejuk menyenangkan itu. Apa lagi kalau dinikmati waktu tenghari yang panas. Bagi penggemar keenakkan coklat Cadbury Dairy Milk, terbaharu ia menjalin kerjasama dengan jenama aiskrim tempatan, Inside Scoop bagi membawa kelainan yang eksklusif khusus untuk para penggemar aiskrim dan coklat.

Kerjasama ini menampilkan dua perisa edisi terhad baharu iaitu aiskrim Cadbury Dairy Milk Oreo dan and Cadbury Dairy Milk Chipsmore yang enak berkrim dengan kepingan coklat yang halus lagi rangup.

Ia diadakan sepanjang Julai, bersempena kempen Memang Sepadan atau #BetterTogether bagi meraikan Hari Persahabatan pada 30 Julai nanti.

Cadbury Dairy Milk dan Inside Scoop menawarkan Pek Memang Sepadan yang dijual pada harga RM85.

Para penggemar aiskrim boleh menghantar dua set (2X300ml) bekas aiskrim perisa Cadbury Dairy Milk kepada rakan-rakan, keluarga yang tersayang atau sebagai ganjaran untuk diri sendiri yang boleh didapati hanya di kedai dalam talian Inside Scoop.

Selain itu, pelanggan juga boleh memilih untuk menghadiahkan kepada rakan-rakan dengan set kombo Hari Persahabatan Cadbury Dairy Milk yang mengandungi kepingan coklat Cadbury Dairy Milk Marvellous Creations, Cadbury Dairy Milk Oreo, Cadbury Dairy Milk Bubbly dan Cadbury Dairy Milk Chipsmore beserta satu dek kad charade khas hanya boleh didapati di Shopee, Lazada dan Pandamart pada harga RM43 sahaja.

Pengurus Kategori Coklat Mondelez International Malaysia dan Singapura, Rahul Mathur berkata, variasi snek istimewa dengan kerjasama aiskrim Inside Scoop dapat menggalakkan para peminat manis-manisan dan pemanis mulut, meraikan persahabatan dengan mencipta pengalaman yang lebih istimewa bersama-sama tidak kira di mana sahaja.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×