PEMAKAIAN pelitup muka biasa dan perubatan sering kali longgar apabila dipakai malah menyebabkan ada ruang terbuka antara pelitup muka dengan wajah pemakai.
Namun dengan respirator KN95 pakai buang baharu 3M Particulate Respirator 9513, ia direka melitupi muka, sekaligus membolehkan udara melalui lapisan turas penapis, bukan di bahagian tepi respirator.
Presiden Bahagian Kesihatan dan Keselamatan Pengguna 3M, Megan Selby berkata, respirator KN95 dicipta sesuai untuk mereka yang sering terdedah kepada orang ramai dan debu seperti pengguna pengangkutan awam serta penunggang motosikal.
“Diperbuat daripada bahan penapis proprietari 3M iaitu advanced electrostatic media, respirator jenis ini berupaya menapis dan memerangkap 95 peratus zarah bawaan udara seperti habuk, pasir, asap ekzos kenderaan malah sesuai digunakan ketika musim jerebu lazimnya dari bulan Jun hingga September di Malaysia,” katanya.
Ia turut menampilkan getah sisi boleh regang yang dilengkapi dengan cangkuk bagi memastikan respirator terletak rapi pada muka.
Selain itu, lapisan penapis yang lembut memudahkan pengguna bernafas dan klip hidung yang terbenam juga menawarkan penampilan lebih kemas dan selesa untuk digunakan ketika bekerja atau kegunaan santai.
Lebih menarik, respirator ini boleh dilipat leper agar mudah dipakai dan disimpan.
Harga yang ditawarkan bagi pek yang mengandungi satu respirator adalah RM6 manakala RM15 bagi pek yang mengandungi tiga respirator.










