Kalau ada lebihan nasi impit dalam peti, jangan buang. Anda boleh buat menu nasi impit goreng.
Senang sahaja membuat menu ini, macam kita membuat mee goreng. Cuma gantikan dengan nasi impit. Selamat mencuba.
Resipi nasi impit goreng
Bahan-bahan:
4 biji bawang merah – ditumbuk
1 ulas bawang putih – ditumbuk
2 sudu besar cili kering
Isi ayam – dihiris
2 biji telur ayam
Lobak merah
Taugeh
Kobis
Sawi
Garam
Cukup Rasa
Minyak untuk menumis
Cara membuatnya:
1-Tumis bahan-bahan yang ditumbuk dan cili kering hingga garing.
2-Masukkan isi ayam. Kacau sehingga masak. Ketepikan sebelah kuali sahaja.
3-Masukkan pula telur yang telah dipecahkan dalam kuali yang sama. Hancurkan telur. Kemudian satukan isi ayam dan telur dalam kuali tersebut sehingga sebati.
4-Masukkan semua sayur kecuali tauge ke dalam kuali ini. Kacau seketika agar sayur layu.
5-Masukkan nasi yang telah dipotong ke dalam kuali. Letak garam dan secukup rasa. Kacau sebati.
6-Masukkan tauge. Kacau seketika. Selepas siap dimasak, taburkan bawang goreng di atas.
Terima kasih : Azean Widawati Rosni
Facebook : Cik Puan Zee /https://www.facebook.com/groups/MasakApaHariNiMAHN.my/posts/3686176635038959










