Lampu hiasan daripada bakul sampah, cantik dan jimat - Utusan Malaysia

Lampu hiasan daripada bakul sampah, cantik dan jimat

Ilham lampu daripada bakul sampah plastik.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Kalau nak berhias rumah, cukup kalau bermodalkan kreativiti dan sedikit usaha.

Bagi insan seni, bahan terpakai pun boleh cantik kalau kena gayanya. Idea lampu hiasan daripada bakul sampah ini tampak cantik pula kalau diletakkan di ruang tamu.

Tak perlupun bermodal besar. Kosnya mungkin kurang daripada RM30.

Seperti yang dikongsikan oleh pengguna Facebook, Amiruddin Bojot Othman Raget, dia hanya menggunakan bakul sampah yang dibeli di kedai eco bernilai RM2.10 sebagai bahan utama untuk dijadikan lampu hiasan di ruang tamu kediaman. Jom cuba!

Bahan-bahan:

1. Bakul sampah
2. Bekas buah
3. Penapis bulat
4. Paip PVC
5. Lampu kelip-kelip
6. Mentol
7. Pemegang mentol
8. Wayar

Cara-cara:

1.Sambung bakul sampah, bekas buah, paip pvc dan penapis bulat menggunakan skru yang berhujung tajam.

2.Letakkan lampu kelip di dalam paip pvc dan mentol dalam bakul sampah. Sambungkan wayar.

3.Akhir sekali, tebuk lubang pada tiang atau paip pvc mengikut kreativiti masing-masing.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya