Insiden kuah laksa tumpah, wanita derita lecur dan kayap - Utusan Malaysia

Insiden kuah laksa tumpah, wanita derita lecur dan kayap

Nur Farahana (kanan) bersama ibunya, Zarina Zakaria yang kini gembira apabila parut lecur dan kayap sudah pulih.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Asalnya cuma tertumpah kuah laksa, namun siapa sangka nasib Zarina Zakaria, 57, bertukar menjadi lebih malang apabila sejurus lecur di kulitnya pulih, dia ditimpa pula dengan penyakit kayap beberapa bulan lalu.

Menurut anaknya, Nur Farahana Arshat, 22, keadaan tersebut nyata membimbangkan kerana sebelum ini ibunya tidak pernah berdepan dengan masalah kulit.

“Masih saya ingat lagi insiden kuah laksa yang panas menggelegak tertumpah di bahagian kaki ibu. Ini antara pengalaman memeritkan ibu saya kerana saya sendiri melihat bagaimana dia tak senang duduk dan meraung.

“Ketika insiden itu terjadi, ibu saya menjerit dan seperti tak tentu arah. Solusi pantas, saya ambil minyak masak dan disapu di bahagian yang terkena kuah laksa, guna petua orang lama. Kesakitannya cuma beransur seketika.

“Lama kelamaan, bahagian melecur itu jadi seperti gelembung besar. Kalau terkena air masa mandi contohnya memang terasa pedih. Lama juga ibu menanggung kesakitan sampaikan saya juga buntu memikirkan apa nak buat,” katanya.

Bagaimanapun, menurut anak bongsu daripada enam beradik ini, dia tidak mengalah dan cuba mencari alternatif lain bagi membantu meredakan kesakitan ibu.

“Saya tak sanggup tengok ibu sakit begitu dan nak dijadikan cerita, ternampak iklan produk Saapuu di media sosial. Alhamdulillah, kurang dua minggu saya cuba, lecur di kulit ibu sudah nampak perubahan positif.

“Tapi dugaan tidak terhenti di situ. Tiba-tiba ibu diuji pula dengan penyakit kayap di bahagian perut, gatal dan kemerah-merahan di kulit. Saya cuba juga gunakan cara yang sama dan Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT, penyakit itu sudah tiada,” katanya.

Sementara itu, pengasas produk tersebut, Rosniwati Beharom, 45, mensasarkan untuk menjual lebih 40,000 set rangkaian Saapuu walaupun kini berdepan dengan situasi sukar pandemik.

Kata Rosniwati, ia terutama apabila ada yang beranggapan harganya sedikit mahal.

“Ada yang anggap harga produk ini mahal di saat situasi pandemik Covid-19. Tapi jika mahu dibandingkan dengan kualiti dan manfaatnya, harga yang ditawarkan cukup berbaloi iaitu RM150 untuk set lengkap.

“Lebih utama, produk ini ada kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM). Jadi ia memang diakui selamat digunakan tanpa rasa was-was,” katanya.

Untuk mendapatkan maklumat tambahan mengenai produk Saapuu boleh layari www.online.saapuu.my

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN