RADANG dalam perut terutama cirit-birit boleh mengancam kesihatan dan mengganggu aktiviti harian, bukan sahaja secara fizikal tetapi emosi dan sosial.
Cirit-birit biasanya terjadi atau tersebar melalui pengambilan makanan atau minuman tercemar yang mengakibatkan jangkitan pada usus.
Pesakit akan mengalami tanda-tanda kejang perut, kerap ke tandas, najis cair, mual dan muntah, hilang selera makan serta mungkin juga demam.
Serangan cirit-birit biasanya akan hilang selepas beberapa hari. Namun adalah penting untuk tidak mengalami dehidrasi pada waktu itu.
Pengasas dan Pengarah Urusan Kumpulan EP Plus Group, Tse Ming Pang berkata, cirit-birit tidak boleh dibiarkan berlarutan kerana dikhuatiri boleh memberi kesan buruk kepada pesakit.
“Sama seperti sakit kepala atau demam, pengambilan ubat-ubatan sudah menjadi amalan biasa untuk mengurangkan sakit. Begitu juga cirit-birit memerlukan rawatan untuk sembuh.
“Terdapat banyak rawatan dan perubatan yang terbukti selamat untuk melegakan cirit-birit. Salah satunya adalah diosmectite sejenis tanah liat semula jadi yang boleh dimakan,” katanya pada Take a Stand with Smectasesi bersama media baru-baru ini. Turut serta, Mat Dan atau Daniel Tyler.

Sementara itu, Mat Dan berkata, sebagai orang asing menetap di negara ini, dia mendapati kebanyakan penduduk tempatan cenderung menjauhi topik cirit-birit sedangkan ia adalah masalah normal pernah dilalui oleh semua orang.
“Cirit-birit sama seperti sakit kepala atau demam, kita akan mengambil ubat sebagai amalan biasa. Jadi mengapa mesti cirit-birit berbeza?
“Gunakan penyelesaian perubatan dan teruskan dengan kehidupan kita dengan cara yang sihat dan produktif. Jangan biarkan cirit-birit merosakkan gaya hidup,” katanya.











