Ambil vaksin, menang Garmin bernilai RM1,799 - Utusan Malaysia

Ambil vaksin, menang Garmin bernilai RM1,799

Garmin Venu 2 atau Venu 2s.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Sebagai sokongan terhadap Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang sedang berlangsung pada ketika ini, jenama jam tangan pintar, Garmin Malaysia mengadakan pertandingan bagi menggalakkan rakyat untuk mengambil vaksin.

Ia juga sebagai usaha untuk mencapai imuniti kelompok sekaligus membendung penularan wabak Covid-19.

Pertandingan berlangsung hingga 2 Ogos 2021 itu memerlukan peserta untuk memuatnaik kandungan positif dan menarik mengenai pengalaman vaksinasi mereka di laman sosial Instagram.

Pemenang bertuah akan memenangi jam tangan pintar Garmin Venu 2 atau Venu 2s bernilai RM1,799 yang dilengkapi fungsi Pulse Oximetry (Pulse Ox) bagi mengukur tahap oksigen dalam darah (Sp02).

Menurut Garmin, Pulse Ox merupakan teknologi yang paling dipercayai dalam mengukur tahap oksigen dalam darah dan ia amat penting sebagai penanda aras tahap kesihatan seseorang.

Dengan adanya teknologi berkenaan, pengguna dapat mengetahui tahap kesihatan dengan lebih mudah. Pada tahap normal, kadar Sp02 seseorang berada sekitar 95 peratus hingga 100 peratus.

Jika berada di bawah paras 90 peratus dikira sangat rendah dan bermakna ada gangguan kesihatan sehingga berlaku kekurangan oksigen dalam darah.

Ia mungkin disebabkan kesukaran bernafas, pneumonia, jangkitan paru-paru atau mungkin ada kaitan dengan jangkitan virus Covid-19 yang menular pada ketika ini.

Untuk menyertai pertandingan, peserta harus menunjukkan bukti telah mengambil vaksin dan berkongsi tangkap layar aplikasi MySejahtera atau Selangkah.

Gambar yang dimuatnaik perlu diletakkan tanda pagar #GarminCucukReward dan tag bersama akaun Instagram Garmin Malaysia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN