PUTRAJAYA: Ibu bapa yang ingkar mematuhi operasi prosedur standard (SOP) hingga menyebabkan individu berisiko tinggi terutama kanak-kanak dijangkiti Covid-19 boleh didenda sehingga RM10,000. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, pihak berkuasa boleh membuka kertas siasatan mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) terhadap individu termasuk ibu bapa yang sengaja dan masih mendedahkan anak-anak kepada jangkitan. Menurut beliau, pihaknya akui tidak ada kompaun khusus kepada mereka…