Peluang menang 105 kilogram durian - Utusan Malaysia

Peluang menang 105 kilogram durian

Produk kumur membasmi bakteria di kawasan mulut.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Gila durian? Mana tahu tuah milik anda. Dengan membeli produk Listerine bernilai RM15 di Watsons, anda boleh makan durian sepuas-puasnya menerusi Peraduan Top Spenders.

Peraduan berakhir 30 Jun 2021 ini adalah hasil kerjasama antara jenama penjagaan oral, Listerine dan Watsons Malaysia.

Ia menawarkan peluang memenangi durian sebanyak 105 kilogram membabitkan dua pemenang bakal menang 30 kilogram (kg) setiap seorang manakala hadiah kedua melayakkan seramai tiga orang mendapat 15 kg. durian setiap seorang.

Setiap pemenang turut akan mendapat kad hadiah RM50 Watsons.

Peraduan itu turut diadakan sebagai promosi dalam memperkenalkan dua pilihan baharu edisi terhad berupa Pomelo & Passion Fruit dan Aloe & Cucumber.

Produk edisi terhad ini dirumus dengan gabungan empat jenis minyak pati antibakteria (thymol, eucalyptol, menthol, dan methyl salicylate), dan tanpa alkohol bagi mengurangkan intensiti. Gabungan perisa beraspirasikan botani ini membasmi 99.9% peratus kuman dalam masa 30 saat berbanding dengan memberus sahaja.

Pengarah Negara, Kesihatan Pengguna Johnson & Johnson bagi Malaysia dan Singapura, Stephen Tiu, berkata walaupun kebanyakan warga Malaysia mengamalkan memberus gigi dua kali sehari, bukti saintifiknya mendedahkan memberus sahaja hanya membersihkan 25 peratus sahaja daripada kawasan mulut.

“Ia tidak cukup untuk memastikan seluruh mulut bersih kerana ia masih meninggalkan ruang-ruang di antara gigi, dan juga di bahagian bawah garis gusi. Akibatnya, bakteria berkumpul pada lidah dan pada bahagian dalam pipi. Lama-kelamaan ini boleh menyebabkan masalah mulut seperti nafas berbau, plak dan masalah gusi,” katanya.

Peraduan Top Spenders:
LANGKAH 1: Beli mana-mana produk Listerine dan kumpulkan pembelian anda ketika tempoh peraduan (25 Mei hingga 30 Jun 2021)
LANGKAH 2: Jawab pernyataan ini: Listerine melindungi mulut anda daripada nafas berbau – (BENAR/SALAH)
LANGKAH 3: Hantarkan bukti pembelian.

HADIAH:
HADIAH UTAMA x2 (Pembeli 2 tertinggi): 30 kilogram (kg) durian + Kad hadiah RM50 Watsons
HADIAH KEDUA x3 (Pembeli tertinggi 3 – 5): 15KG durian + Kad hadiah RM50 Watsons
HADIAH ISTIMEWA x100 (Pembeli 6 – 105 tertinggi): Baucar RM10 GrabFood

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×