KUANTAN: ‘Jangan pandang mudah tanggungjawab petugas pengurusan jenazah Covid-19 kerana ia cukup mencabar dan meletihkan selain perlu berpanas terik sebelum prosesnya berakhir’. Itu antara cabaran yang dikongsikan petugas pengurusan jenazah Covid-19, Firdaus Mohd. Akhir, 57, kepada Utusan Malaysia yang juga diberikan tanggungjawab menyediakan keranda khas hanya untuk mangsa-mangsa korban pandemik. Menceritakan kronologi kerjanya, Firdaus berkata, ketika di tanah perkuburan, proses mengangkat dan menimbus jenazah hanya dilakukan empat petugas dengan perlu…










