Boleh dikatakan setiap orang pernah merasai minuman yang dibungkus ikat tepi yang dibeli dari kedai, gerai-gerai minuman, dan sebagainya. Begitu juga makanan berkuah, seperti laksa, bihun sup, mee bandung yang dibeli di pasar-pasar malam atau kedai makanan. Seolah-olah tiada pilihan lain dalam pembungkusan makanan atau minuman panas tersebut, kerana rata-ratanya menggunakan plastik. Tidak kurang hebatnya, malah ada yang sanggup membungkus minuman panas seperti teh tarik, kopi dan sebagainya sebagai jalan…