Peraduan The 3M Inspire Challenge mengajak mahasiswa mengemukakan idea paling inovatif bagi melonjakkan perniagaan syarikat penganjur, 3M.
Peraduan pertama kali diadakan itu, membabitkan tiga tema iaitu teknologi, kelestarian dan inovasi.
Peraduan itu akan diadakan dalam dua peringkat.
Tahap pertama, dikenali sebagai Suku Akhir Peringkat Negara, bakal menyaksikan pelajar bertanding sesama mereka di hadapan panel hakim secara langsung pada 24 Ogos 2021.
Pemenang peringkat ini akan dinobatkan sebagai Juara Negara dengan hadiah wang tunai AS$1,000 serta berpeluang menjalani latihan amali di pejabat tempatan 3M.
Juara Negara kemudian akan melangkah ke Peringkat Akhir Serantau, bagi bersaing dengan semua Juara Negara-Negara lain.
Pasukan menang akan di anugerahkan ‘Juara Serantau’dengan meraih hadiah wang tunai sebanyak AS$2,000.
Sepanjang cabaran peserta akan memperoleh akses kepada mentor 3M daripada pelbagai latar belakang yang akan mengasah idea mereka sebagai persediaan bagi peringkat Suku Akhir Negara dan Akhir Serantau.
Peserta berminat mendaftarkan kumpulan mereka melalui laman web The 3M Inspire Challenge’(http://go.3m.com/3minspirechallenge).
Kumpulan peserta hendaklah mengandungi dua hingga empat mahasiswa, dan sekurang-kurangnya seorang anggota lelaki dan wanita.









