7 tips kulit mulus bagaikan wanita Jepun - Utusan Malaysia

7 tips kulit mulus bagaikan wanita Jepun

Pupur wajah berasaskan tanah liat, berkesan menghilangkan kotoran pada wajah. Amalan ini membantu mendapatkan kulit wajah halus dan gebu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Kulit wanita Jepun dipuji kerana kelihatan tidak tua walaupun umur semakin bertambah. Ini kerana mereka sangat menitikberatkan penjagaan diet, kulit yang bebas berminyak dan penjagaan daripada bahan semula jadi. Tahukah anda apa rahsia kecantikan mereka? Jom kita periksa petua warisan kecantikan tradisional wanita dari negara matahari terbit ini.

#1 Membersih wajah dengan air beras
Anda biasa dengar tentang produk kecantikan miracle water? Ia dikatakan mampu menjadikan kulit sebening kristal yang diinspirasi daripada kebiasaan wanita Jepun, China dan Korea zaman dahulu. Mereka kerap mencuci wajah dengan air cucian beras atau mengenakan bedak dingin yang diperbuat daripada beras tumbuk. Kalau anda nak tahu, beras sebenarnya kaya dengan vitamin E dan anti-oksidan yang dapat meremajakan serta mencantikkan kulit.

#2 Wajib ambil sarapan
Sarapan adalah waktu makan paling penting buat masyarakat Jepun. Mereka akan pastikan untuk mengambil sarapan sebelum melakukan sebarang aktiviti harian.
Menu sarapan mereka pelbagai dan sihat, terdiri daripada semangkuk kecil nasi, sup miso dengan tauhu, rumpai laut kering dan telur dadar atau ikan. Walaupun menu ini sangat ringkas, tetapi mempunyai khasiat mencukupi untuk memenuhi keperluan tubuh sehingga waktu makan tengah hari.

#3 Rehatkan kulit
Sebenarnya, sangat bagus untuk mengurangkan penggunaan produk kecantikan dalam satu masa. Jangan terlalu obses dengan produk yang dijual di pasaran kerana ia akan merosakkan liang kulit. Merehatkan kulit penting dalam mengekalkan keanjalannya. Lakukan seminggu sekali dengan membiarkan wajah polos selepas dicuci.

#4 Tinggalkan toner
Bagi wanita Jepun, mereka akan skip pemakaian penyegar pada wajah. Mengikut fahaman mereka, toner yang meresap ke dalam kulit akan menghapuskan minyak yang boleh mengurangkan jerawat tetapi pada masa sama mengakibatkan kulit kering dan kelihatan tua.
Jalan terbaik menggunakan pelembap sahaja kerana ia akan memastikan kulit tidak kering. Pada masa sama membantu mencerahkan kulit.

#5 Makan perlahan dalam jumlah sedikit
Anda mesti perasan, masyarakat Jepun makan pelbagai hidangan dalam jumlah yang sedikit. Hidangan biasanya disajikan dalam pinggan kecil atau mangkuk.
Sejak kecil, mereka diajar tidak mengisi penuh pinggan dengan makanan. Secar tidak langsung amalan ini membantu anda menurunkan berat badan kan?

#6 Pakai pupur tanah liat
Pupur wajah berasaskan tanah liat, berkesan menghilangkan kotoran pada wajah. Amalan ini membantu dalam mendapatkan kulit wajah halus dan gebu.

#7 Amalkan minum teh hijau
Ada peminat teh hijau? Nah, ini info yang sangat bagus untuk anda. Matcha adalah teh hijau dalam bentuk serbuk yang biasa digunakan dalam upacara minum teh tradisional di Jepun.
Teh hijau mempunyai lebih tinggi vitamin C dan anti-oksidan berbanding buah-buahan. Amalan minum teh hijau setiap hari bukan saja menyihatkan tubuh badan, tetapi pada masa sama menjadikan wajah awet muda. Teh hijau turut mampu mencerahkan kulit dan merawat jerawat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya