
Muhamad Aqil Naufal Muhamad Aidul Hussni (4 Tahun)
Muhamad Aidul Hussni Idirs dan Nurfarah Dayana Sulaiman bertuah memiliki anak yang senyumnya mendamaikan hati.
“Barakallah fii umrik, anakku sayang. Semoga Allah SWT memberikanmu umur yang panjang dan keberkatan
dalam hidupmu”.

Ardina Umairah Razlee (5 Tahun)
Permata hati pasangan Norasnita Abdullah dan Razlee Basiran ini katanya ingin menjadi guru atau doktor.
Tak kiralah apa pun cita-citamu, sayang, ibu dan ayah sentiasa akan memastikan Ardina bahagia dalam mengejar cita-cita.

Muhammad Danial Rayyan (4 Tahun )
Hobinya bermain lori tetapi dalam hati bercita-cita menjadi peguam. Memang nampak berbeza minat tetapi siapa tahu kuasa Allah.
Semoga anak kepada pasangan Zain Ismady Mohd. Hairullah dan Sulilawati Md. Desa ini sentiasa di bawah lindungan Allah.

Mawar Aisyah Mohd. Elmie (3 Tahun)
Nor Khaizatul Akma Abd Kharar dan Mohd. Elmie Farhan Elias seharusnya berbangga memiliki permata hati yang suka membaca buku.
Selain itu, permainan imaginasi bersama Barbie turut menjadi minatnya. Suka makan dan penyayang. Semoga menjadi anak soleh bonda dan ayah.
- Ada-ada sahaja aksi permata hati mengundang senyuman dan bahagia di hati. Kongsikan rasa itu dengan emel gambar keletah anak ke ANAKKU di [email protected].
- Sertakan keterangan gambar ringkas tetapi padat sebagai dedikasi sayang kepada permata hati anda.
- Sertakan juga maklumat diri. ANAKKU terbuka kepada kanak-kanak berusia dua hingga enam tahun.










