MM2H dibolos perisik? - Utusan Malaysia

MM2H dibolos perisik?

KAUNSELOR Kedutaan Korea Utara, Kim Yu-Song membawa bagasi selepas tiba di KLIA sebelum menaiki pesawat komersial ke Pudong, China susulan arahan kerajaan yang memberi tempoh 48 jam kepada pihak Kedutaan Korea Utara meninggalkan Malaysia. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kemelut diplomatik Malaysia-Korea Utara berpunca daripada individu bernama Mun Chol-myong ‘membongkar’ kepada isu kelemahan sistem keselamatan program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H). Sumber memberitahu Utusan Malaysia, Chol-myong yang diekstradisi ke Amerika Syarikat (AS) untuk menghadapi tuduhan pengubahan wang haram adalah salah seorang peserta MM2H. Chol-myong bersama isteri dan anak perempuannya dipercayai tinggal di Malaysia sejak program MM2H dilancarkan sekitar 2002. Program MM2H inisiatif kerajaan yang dilihat mampu menjana pendapatan.…

Sokong kewartawanan kami

PERCUMA

1 bulan

1 Bulan / RM4.99

Sehari hanya RM0.17

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN