Berapa lama anda menghadap cermin untuk membersihkan wajah? Sejam atau lebih? Lama dan membuang masa!
Dalam waktu sekarang setiap individu mahukan sesuatu yang pantas, lebih ramai wanita mahukan kepantasan, termasuklah waktu menghadap cermin.
Hari ini banyak jenama kecantikan menampilkan peralatan kecantikan yang menjimatkan masa tetapi mampu memberikan hasil terbaik.
Nu Skin Malaysia antara jenama menyuntik teknologi dalam dunia kecantikan menerusi sistem peranti di beri nama AgeLOC Boost.

Menariknya ia hanya mengambil masa dua minit untuk merealisasikan kulit wajah indah. Produk comel ini tampil sebagai sistem peranti kecantikan serba canggih, menggunakan teknologi Variable Pulse Microcurrent.
Di mana ia menghantar arus berubah-ubah untuk membuat kulit tampak ketara lebih cerah, gebu dan anjal.
Kecil tetapi berkuasa, peranti ini menghantar denyutan pemulihan yang bercas seimbang dan berselang-seli ke dalam kulit sebanyak lapan kali sesaat.
Apabila digunakan dengan Activating Treatment, arus mikro mengoptimumkan dan mengaktifkan kulit supaya tampak lebih muda dan berseri. Rasanya? Tiada yang menakutkan malah tidak terasa sebarang getaran yang merungsingkan.
Naib Presiden Penyelidikan dan Pembangunan Global, Nu Skin Enterprises, Dr. Helen Knaggs, berkata pihaknya bekerja keras mencipta produk yang seronok digunakan oleh pengguna.
Pada masa sama ia berupaya untuk pantas bertindak dalam membantu pengguna tampak dan rasa lebih yakin terhadap jelapang wajah masing-masing.
Dr. Helen hadir pada acara pratonton media pengenalan produk berkenaan baru-baru ini. Sejak penubuhannya pada 2001, Nu Skin Malaysia membina nama sebagai antara syarikat penjualan langsung yang pertama dalam mengedarkan produk anti-penuaan berkualiti premium di bawah kategori penjagaan diri dan suplemen pemakanan.
Antara manfaat peranti:
1. Mengurangkan tanda penuaan pramatang
2. Mengurangkan penampakan bintik hitam dan hiperpigmentasi
3. Memulihkan dan membuat warna kulit lebih sekata supaya tampil berseri
4. Melembapkan sekaligus menjadikan kulit lebih lembut
5. Membuatkan kulit kelihatan lebih gebu, montok dan anjal seakan remaja
6. Membuatkan kulit tampak yang lebih cerah dan mulus










