ISU Tanah Rizab Melayu (TRM) berlegar dilaporkan Utusan Malaysia dalam seminggu ini. Berbahang. Datuk Hamidah Osman dedahkan isu TRM begini. Pejabat Tanah dan Galian (PTG) jawab begitu. Polis ada ketegasannya. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pula ada maruahnya. Saya, buat sementara waktu ini jadi ‘hakim’ sahajalah untuk melaporkan fakta dan bukti-bukti dakwaan yang dikatakan telah berlaku penyelewengan TRM. Dakwaan Naib Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) itu bukan benda kecil.…










