DALAM mengejar materialisme, sesetengah golongan menganggap nilai dan cara hidup Islam sudah tidak relevan malah menjadi penghalang kemajuan. Bagaimanapun, hakikatnya Islam tidak pernah memusuhi kemajuan tetapi membentuk umat berakhlak mulia sebagai peneraju kemajuan. Islam sentiasa menjadi kompas supaya tidak tergelincir ke landasan materialisme yang meruntuhkan nilai dan akhlak mulia. Manusia yang diperhambakan materialisme cenderung menumbuhkan penyakit sosial. Salah satu daripadanya hilang sifat amanah dalam menjalankan tanggungjawab, misalnya rasuah. Mengejar materialisme…










