Polis tunai impian kanak-kanak leukemia naik kereta peronda - Utusan Malaysia

Polis tunai impian kanak-kanak leukemia naik kereta peronda

NOORZAINY Mohd. Noor meriba Mohamad Ammar Dhani Mohd. Azuan menaiki Honda Civic meronda di sekitar Ibu pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara, Butterworth, Pulau Pinang, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH: Impian pesakit leukimia Mohamad Ammar Dhani Mohd. Azuan, 7, untuk menaiki kereta peronda polis (MPV) akhirnya termakbul apabila diberi peluang me­rasai pengalaman tersebut.

Malah kanak-kanak pesakit leukemia tahap empat itu juga terlalu mengagumi kerjaya polis sehinggakan bercita-cita mahu menjadi anggota pasukan beruniform itu suatu hari nanti.

Mohamad Ammar Dhani bertuah apabila kecintaannya terhadap kerjaya polis itu sampai ke pengetahuan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor melalui seorang anggotanya, lalu membuat kejutan kepada kanak-kanak berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Noorzainy memberi peluang yang sudah lama diidamkan Mohamad Ammar Dhani de­ngan membawanya menaiki MPV Honda Civic sambil diriba di tempat duduk penumpang hadapan meronda di sekitar Ibu pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara di sini semalam.

Mohamad Ammar Dhani yang menghidap penyakit itu sejak berusia dua tahun berkata, dia gembira kerana berpeluang mencapai impiannya itu.

“Saya seronok sebab cita-cita saya mahu jadi polis dan mahu tangkap orang jahat,” katanya kepada pemberita di sini.

Sementara itu Noorzainy berkata, pihaknya berbesar hati menunaikan impian kanak-kanak itu selepas dimaklumkan dia sering menyuarakan hasrat tersebut kepada ibunya.

“Atas dasar keprihatinan, walaupun dalam kesibukan tugas harian ketika musim Covid-19, kita berusaha mera­lisasikannya dan mendoakan Mohamad Ammar Dhani segera sembuh,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini