PETALING JAYA: Kuasa Perdana Menteri untuk membentuk atau menggubal undang-undang baharu hanya tertakluk kepada peraturan bagi membendung wabak Covid-19. Pembentukan undang-undang atau peraturan penting untuk keselamatan serta beberapa isu relevan termasuk ekonomi negara juga termasuk dalam bidang kuasa Perdana Menteri sepanjang tempoh darurat ini. Bercakap dengan Utusan Malaysia, Speaker Dewan Negara, Tan Sri Dr. Rais Yatim berkata, sebarang penggubalan undang-undang yang tidak berkaitan Covid-19 tidak boleh diteruskan tanpa perbincangan sewajarnya.…