PUTRAJAYA: Majikan diwajibkan membiayai semua kos suntikan vaksin kepada pekerja-pekerja asing mereka termasuk ujian pengesanan Covid-19. Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan berkata, perkara itu selaras dengan seksyen 24J (f) Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446). Beliau menjelaskan , ia susulan arahan kerajaan berdasarkan Seksyen 11 Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) yang menetapkan semua pekerja asing menjalani ujian saringan Covid-19…










