Sabah catat 391 kes Covid-19 - Utusan Malaysia

Sabah catat 391 kes Covid-19

EXCO Pulau Pinang, Jagdeep Singh Deo bercakap di hadapan pekerja asing di tapak pembinaan Queens Waterfront, Bayan Lepas yang menjalani ujian saringan Covid-19, semalam. – MINGGUAN/SAFINA RAMLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Sabah mencatat 391 kes baharu tertinggi Co­vid-19, semalam, diikuti Kuala Lumpur 265 dan Selangor 221 kes.

Terdapat 130 kes positif dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 54 kes memerlukan bantuan pernafasan dan empat kematian, semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 1,123 kes positif baharu menjadikan jumlah meningkat 71,359 kes.

Katanya, jumlah aktif dengan kebolehjangkitan pula 10,775 kes.

“Bagi kes sembuh, seba­nyak 1,143 kes yang menjadikan jumlah kumulatif 60,204 kes manakala terdapat empat kluster baharu dikesan membabitkan dua di Sabah manakala Selangor dan Kuala Lumpur, masing-masing satu kluster.

“Sebanyak 187 jumlah kluster aktif yang dipantau dan 49 kluster daripadanya melaporkan pertambahan kes di mana kluster yang melaporkan pertambahan kes baharu tertinggi adalah Kluster Tapak Bina Bulatan (162 kes), Kluster Ria-30 (51 kes) dan Kluster Batu Tujuh (39 kes),” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Dr. Noor Hisham berkata, dua kluster di Sabah ialah Kluster Batu Tiga di Tawau, Kluster Jalan Domis di Penampang, Kota Kinabalu dan Tongod.

“Di Klang, Selangor pula, Kluster Andalas, 16 kes positif dan Kluster Tapak Bina Bulatan di Cheras, Titiwangsa dan Lembah Pantai di Kuala Lumpur, 163 kes,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN