Nour Shafinar rujuk ATM - Utusan Malaysia

Nour Shafinar rujuk ATM

NOUR SHAFINAR HARUN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Balu Mejar Mohd. Zahir Armaya enggan me­ngulas mengenai tuntutan pembahagian harta Allahyarham suaminya atas alasan perkara itu akan disiasat oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Nour Shafinar Harun, 32, berkata, semua perkara yang dibangkitkan oleh bapa mentuanya, A.R Badul dan bekas isteri Allahyarham Mohd. Zahir, Jamilah Ismail, 38, akan diselesaikan mengikut saluran undang-undang.

“Saya tak mahu komen sebab pihak ATM hendak jalankan siasatan, mereka nak buat proses yang sepatutnya.

“ATM tahu cara kita (ang­gota tentera) macam mana, perkara ini saya nak rujuk, nak maklumkan pa­da pihak ATM,” katanya me­nerusi pesanan ringkas aplikasi Whatsapp kepada Utusan Malaysia semalam.

Berhubung urusan pembahagian duit kepada dua anak Mohd. Zahir bersama Jamilah, iaitu Mohamad Remy Iskandar, 9, dan Mohamad Ebel Zulkarnain, 10, Nour Shafinar mene­gaskan, perkara itu sudah lama di­selesaikan.

“Bahagian anak-anak itu semua dah cukup, dah lengkap, saya sudah cakap dari awal lagi, dah lama dah,” katanya.

Sebelum ini, pelakon dan pelawak, A.R Badul me­nuntut pembahagian harta anaknya, Allahyarham Mohd. Zahir yang maut ketika melakukan de­monstrasi di Kem Lok Kawi, Sabah pada 4 September 2019.

Badul menegaskan, dia hanya mahu menuntut haknya sebagai bapa dan untuk cucu-cucunya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN