Masih ada yang langgar SOP lalu lintas - Utusan Malaysia

Masih ada yang langgar SOP lalu lintas

AZIZAN Mansor bersama koleksi basikal antik miliknya yang pernah disiarkan dalam Utusan Malaysia sebelum ini. – UTUSAN/SHAIKH AHMAD RAZIF SHAIKH MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Rata-rata penunggang basikal terlalu bebas tanpa mengikut peraturan ditetapkan ketika berada di jalan raya.

Mereka langsung tidak mengikut prosedur operasi standard (SOP) dan menunggang sesuka hati.

Pengerusi Kelab Pemilik Basikal Klasik Pahang, Azizan Mansor, 65, berkata, ketika berada di jalan raya, penunggang basikal sewajarnya menghormati kenderaan lain.

“Ikutlah SOP ditetapkan, ketika di jalan raya penunggang basikal sepatutnya berada di laluan tepi sekali, ini tidak mereka main redah sahaja sampai laluan tengah pun mereka ikut.

“Kononnya mereka basikal dan kenderaan lain perlu menghormati mereka, itu tidak betul. Jadi saya sokong keputusan kerajaan untuk mengambil tindakan undang-undang kepada penunggang basikal yang menunggang dengan cara yang tidak cermat sehingga boleh membahayakan kenderaan lain,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Kelmarin, Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi amaran terhadap mereka yang menunggang basikal secara bahaya dan melulu di atas jalan raya yang mana boleh dipenjara jika cuai.

Menurut PDRM, jika disabitkan kesalahan, penunggang basikal boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 12 bulan dan boleh didenda tidak kurang daripada RM1,000 dan tidak lebih daripada RM5,000.

Mengulas lanjut, Azizan menyeru kerajaan supaya segera melaksanakan peraturan supaya basikal perlu mempunyai lesen. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN