Baiki otot kendur dengan senaman - Utusan Malaysia

Baiki otot kendur dengan senaman

TANDA otot terjejas adalah perubahan fizikal, badan rasa kurang bertenaga, berjalan perlahan, kekuatan berkurangan, hilang berat badan dan kelesuan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RAMAI beranggapan otot akan tua mengikut pertambahan usia. Namun ia hanya tanggapan semata-mata kerana kekuatan otot boleh diperbaiki menerusi perubahan gaya hidup.

Melakukan senaman ringan dan mengambil makanan berkhasiat antara boleh dilakukan mengembalikan otot yang kian kendur.

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) mencadangkan individu cerdas berusia 65 tahun dan ke atas boleh mengamalkan senaman sederhana selama 150 minit seminggu.

Ia tidak mustahil kerana kajian menunjukkan antara 40 hingga 50 peratus dewasa berusia 40 tahun dan ke atas, mampu melengkapkan maraton dalam kumpulan jantina masing-masing, sekali gus membuktikan usia bukan penentu tahap kecergasan individu.

Pakar Diet Berdaftar di Abbott, Tiffany DeWitt berkata, perubahan aspek pemakanan dilakukan setiap hari, boleh memberi impak lebih besar dalam usaha menikmati kehidupan lebih sihat dan aktif.

Katanya jumlah makanan tinggi protein membantu membekalkan tenaga kepada badan secara dalaman dan luaran.

MAKANAN berkhasiat kunci kesihatan tubuh secara menyeluruh.

“Jika mahu mengisi jurang nutrisi dalam diet, pertimbangkan pemakanan tambahan dengan nutrisi lengkap seperti susu Ensure Gold menawarkan pelbagai manfaat penting. Diet seimbang dan makanan tinggi protein, mampu memaksimumkan kekuatan dan tenaga individu,” katanya.

Isu kekuatan otot perlu diberikan perhatian kerana sembilan daripada 10 orang dewasa semakin lanjut usia gagal dalam memenuhi pengambilan jumlah harian disyorkan dalam menjalani kehidupan sihat dan aktif.

PEMAKANAN
Jadual kerja lebih panjang dan sibuk turut menyukarkan rakyat Malaysia membuat pilihan pemakanan yang sihat.

Otot memainkan peranan penting sebagai mengekalkan keseimbangan dan postur tubuh serta menyokong kesihatan imun secara keseluruhannya.

“Orang dewasa lazimnya mengalami kemerosotan otot pada usia 40 tahun dan faktor ini boleh dipercepatkan oleh penyakit dan kecederaan.

“Walaupun kemerosotan otot berlaku secara semula jadi sejajar pertambahan usia, tetapi kita boleh mengembalikan kekuatan otot dengan mewujudkan keseimbangan antara nutrisi dan senaman sesuai,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×