Awal 90-an, penghibur sensasi Liena Hangat, antara artis yang tidak lekang daripada kontroversi. Kisah peribadi serta imej seksinya seringkali dijadikan topik bualan peminat. Tidak dinafikan artis ini memang cukup ‘berani’, sehinggakan dia tidak ambil pusing dengan setiap kritikan. Baginya apa yang dibuat adalah menurut kehendak hatinya. Namun kini segalanya sudah berubah, dengan kata lain dia sudah ‘cuci tangan’. Pengalaman lalu dijadikan sempadan untuknya terus menginsafi dan bermuhasabah dalam menuntut kehidupan…