Mengekalkan populariti pada usia 50-an adalah cabaran besar buat anak seni tempatan. Jika di negara luar, semakin ‘otai’ seseorang itu, semakin tinggi nilai mereka, berbanding Malaysia yang lebih mengutamakan bakat baharu sehinggakan adakalanya mereka terlupa kepada ‘insan-insan lama’ yang pernah mewarnai industri hiburan satu ketika dahulu. Mereka terpaksa melalui pelbagai rintangan, kerja keras serta persaingan demi mencari sesuap nasi. Namun yang tidak bernasib baik terpaksa mengalah dan angkat kaki gara-gara…