Kabinet Anwar tanpa DAP fitnah – Abdullah Sani - Utusan Malaysia

Kabinet Anwar tanpa DAP fitnah – Abdullah Sani

ABDULLAH SANI ABDUL HAMID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Spekulasi yang sedang bertiup kencang kononnya Kabinet baharu diterajui Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengetepikan ahli Parlimen DAP disifatkan sebagai cerita penglipur lara.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid menegaskan, cerita-cerita yang tular dalam media sosial itu hanyalah fitnah bertujuan untuk menyekat momentum Anwar yang akan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara Selasa ini.

Katanya, sebagai seorang pemimpin yang berjiwa besar, Anwar tidak mungkin mengambil keputusan sedemikian ke­rana DAP merupakan salah se­buah parti komponen rasmi Pakatan Harapan (PH).

“Ini fitnah yang keterlaluan sebelum hari Selasa. Anggaplah ia sebagai berita penglipur lara.

“Urusan Kabinet terserah kepada Anwar, kita jangan buat andaian. Beliau adalah seorang manusia yang sabar, bersifat adil dan dia tidak memikirkan sesuatu untuk diri sendiri,” ka­tanya ketika dihubungi semalam.

Sebelum ini, bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Lokman Noor Adam mendedahkan, kerajaan baharu yang bakal dibentuk Anwar selepas 13 Oktober ini berkemungkinan tanpa wakil DAP.

Katanya, Anwar terpaksa mempertimbangkan perkara itu kerana akar umbi UMNO secara jelas menolak sebarang kerjasama dengan parti berkenaan.

Semalam, tular pula satu infografik yang menyenaraikan Kabinet baharu Anwar atas nama kerajaan Perpaduan Ummah.

Barisan Kabinet berkenaan jelas tanpa ahli Parlimen DAP tetapi menyenaraikan beberapa wakil daripada UMNO, Pas dan juga Parti Warisan Sabah (Wari­san).

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan yang namanya turut tercatat sebagai Menteri Kewangan II berkata, infografik berkenaan merupakan senarai Kabinet fatamorgana.

“Saya ahli Parlimen yang sokong kerajaan Perikatan Nasional (PN). Itulah keputusan MKT UMNO,” tegasnya. – UTUSAN ONLINEh

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN