Kemelut politik yang sedang menggoncang tanah air seolah-olah tidak ambil peduli nasib rakyat yang berdepan gelombang baharu pandemik Covid-19. Pembangkang sibuk menjaja nombor manakala komponen dalam kerajaan pula ibarat tidur sebantal, tapi mimpi lain-lain. Bagi mendapatkan perspektif, wartawan Mingguan Malaysia, Fahmi Faiz, Roshihan Annuar Yub dan jurugambar Mohd. Fariz Rusadio, menemu bual Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman bagi mendengar penjelasan perkara itu di kediamannya di…