30 anak kapal SIA jadi duta jagaan ketika Covid-19 - Utusan Malaysia

30 anak kapal SIA jadi duta jagaan ketika Covid-19

Anak kapal kumpulan SIA dihantar ke dua pusat jagaan itu sejak 21 September lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Sebanyak 30 anak kapal dari kumpulan Singapore Airlines (SIA) dikerahkan untuk menjadi `duta jagaan’ di Rumah Jagaan Ren Ci di Bukit Batok dan Ang Mo Kio.

Berita Mediacorp melaporkan, ia merupakan sebahagian daripada usaha kumpulan SIA dalam membantu mengisi kekurangan petugas perubatan di hospital kerana ramai dalam kalangan mereka terpaksa memberi fokus kepada pesakit Covid-19.

Hospital Ren Ci dalam satu kenyataan memaklumkan kumpulan pertama anak kapal SIA itu dihantar bagi membantu pusat jagaan berkenaan.

Kesemua anak kapal itu dihantar ke dua pusat jagaan itu sejak 21 September lalu.

Menurut Hospital Ren Ci, pihaknya mendapat manfaat daripada program duta jagaan kumpulan SIA.

“Anak-anak kapal itu menggunakan kepakaran mereka dengan sebaiknya dalam menyediakan khidmat jagaan bertaraf dunia,” jelas hospital itu sambil menambah pihaknya membantu mengamalkan penjarakan sosial khususnya ketika waktu sibuk.

Jelas kenyataan itu, anak kapal itu akan menghulurkan sokongan pentadbiran di wad, menyediakan jagaan asas kepada penghuni dan menjadi peneman semasa sesi terapi serta kegiatan riadah di pusat jagaan tersebut.

Tambah kenyataan itu, usaha tersebut di bawah penyeliaan kakitangan hospital dan pihak berkaitan.

“Latihan amali akan membantu anak kapal SIA mendapat kemahiran secara holistik, di samping membolehkan mereka untuk memenuhi keperluan psikososial warga tua,” jelas pihak hospital.

April lalu, kumpulan SIA memaklumkan akan menyediakan sekurang-kurangnya 300 duta jagaan bagi membantu mengisi jurang tenaga kerja di hospital.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN