JKPP perlu lantang bersuara isu peneroka - Utusan Malaysia

JKPP perlu lantang bersuara isu peneroka

Minyak dan produk sawit terus menerima permintaan tinggi di pasaran global di sebalik pelbagai kempen negatif dijalankan pihak tertentu. – GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RAUB: Jawatankuasa Pe­­­run­dingan Peneroka (JKPP) perlu lebih lantang dalam menyuarakan permasalahan peneroka Felda di lapangan kepada pihak berkuasa tertinggi agensi berkenaan.
Presiden Alumni Maj­lis Belia Felda Malaysia (AMBFM), Datuk Abdullah Abu Bakar berkata, JKPP adalah jambatan penghubung peneroka dengan pengurusan ter­tinggi Felda berkaitan aspek kebajikan, ekonomi, sosial dan pendidikan.
Beliau menjelaskan, pemotongan setiap bulan yang dibuat dari pendapatan peneroka berdasarkan arahan pengurusan ibu pejabat Felda dengan dipersetujui dalam me­syuarat JKPP yang turut dihadiri oleh ketua-ketua peneroka.
“Kebiasaannya pihak Felda akan mendengar dan mengatasi apa juga pemasalahan yang dihadapi warga peneroka Felda seperti isu pendapatan, tenaga buruh dan sebagainya.
“Sebagai contoh berita gaji peneroka hanya berbaki RM50 sebulan se­perti dilaporkan Utusan Malaysia, ia perlu dijelaskan secara terperinci,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Abdullah dalam pada itu berkata, pihak AMBFM sedia membantu Felda dalam memberikan idea untuk menambah pendapatan peneroka.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN