Pengundi Malaysia kini cecah 15.038 juta - Utusan Malaysia

Pengundi Malaysia kini cecah 15.038 juta

DR. AZMI SHAROM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Pengundi berdaftar Malaysia setakat 1 Julai lalu berjumlah 15,038,269 orang seperti yang diwartakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Timbalan Pengerusi SPR, Dr. Azmi Sharom memberitahu Utusan Malaysia terdapat pening­katan 474,761 pengundi baharu sejak pilihan raya umum ke-14 pada 9 Mei 2018.

Dalam pertemuan di Menara SPR di sini baru-baru ini, Azmi turut ditanya tempoh paling akhir seseorang untuk mela­yakkan diri mengundi jika PRU-15 diadakan secara mengejut Disem­ber tahun ini sebelum cukup tempoh sepenggal ber­akhir Mei 2023.

“Kalau anda mendaftar pada suku ketiga (Julai, Ogos dan September), mungkin tak sempat. Sekarang SPR dalam suku kedua.

“Insya-Allah, kalau kata bulan Disember 2020 PRU-15, kita pakai daftar pemilih yang disahkan pada suku kedua (April, Mei dan Jun).

“Berikutan Perintah Kawalan Pergerakan akibat Co­vid-19, kita (SPR) bukan sampai Julai. Cuma, mudah sahaja hendak mengundi…masa daftar, daftar sahajalah kalau layak,” katanya.

Mengikut statistik dikeluarkan SPR, kata Azmi, Selangor mencatatkan jumlah pengundi teramai iaitu sebanyak 2.473 juta orang.

Ini diikuti Johor sebanyak 1.818 juta orang; Perak (1.504 juta); Sarawak (1.246 juta); Kedah (1.146 juta); Sabah (1.128 juta) dan Kelantan sebanyak 1.045 juta orang.
Pulau Pinang turut me­nunjukkan peningkatan dengan jumlah pengundi sebanyak 955,864 orang.

Berdasarkan statistik SPR, Selangor merupakan negeri pengundi pa­ling ramai tidak hadir (PTH) kerana berada di luar negara iaitu seramai 1,032 orang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×