Suami direman, Youtuber henti sementara buat video - Utusan Malaysia

Suami direman, Youtuber henti sementara buat video

SUAMI kepada seorang Youtuber masakan terkenal di negeri ini (tengah) di bawa keluar dari Mahkamah Majistret Ipoh, Perak.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Youtuber masakan sensasi yang menjadi ikutan ratusan ribu peminatnya akan menghentikan sementara aktiviti masakan berikutan masalah keluarga yang dihadapinya.

Menurut salah seorang ahli keluarga wanita ini, tiada sebarang video masakan yang menjadi tarikan orang ramai akan dihasilkan dalam tempoh terdekat ini.

“Pasangan ini akan berehat sementara untuk memberi tumpuan kepada kehidupan peribadi mereka. Mereka tidak akan meneruskan penglibatan dengan mana-mana pihak selama beberapa minggu ini,” katanya ketika ditemui di sini.

Terdahulu, suami Youtuber itu ditahan polis kerana disyaki mencederakannya menggunakan senjata berbahaya dalam kejadian di pekarangan wad bersalin Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) semalam.

Dalam kejadian pukul 5.54 petang itu, suspek yang berusia 29 tahun dalam keadaan mabuk telah membawa senjata sabit ke hospital mencari isteri dan adik iparnya.

Kejadian itu dipercayai berpunca daripada perselisihan faham antara pasangan itu berkaitan satu majlis yang berlangsung pada Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A. Asmadi Abdul Aziz yang mengesahkan menerima laporan kejadian itu berkata, kes berpunca daripada perselisihan faham keluarga.

Tangkapan dibuat berdasarkan Seksyen 6 (1) Akta Bahan Kakisan Letupan dan Senjata Bahaya 1958 dan Seksyen 326A Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan kecederaan serta Seksyen 506 akta sama atas kesalahan ugutan jenayah.

Suspek direman selama tiga hari, bermula hari ini.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Nabihah Mohd.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.