Ramai pelajar jadi call girl ekoran desakan hidup? - Utusan Malaysia

Ramai pelajar jadi call girl ekoran desakan hidup?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Berikutan kos sara hidup tinggi selain keghai­rahan untuk hidup mewah, ramai pelajar universiti memilih menjadi call girl atau menjual diri.

Itu antara punca banyak kes remaja melahirkan anak luar nikah. Fenomena ini amat membimbangkan.

Kes berkenaan kini meningkat 69 peratus daripada hanya 24 peratus pada 2010.

Menurut Pengasas Rumah Perlindungan Nur Hati, Mohamad Zaid Mohamad Shah, kegiatan terbukti apabila pihaknya menyelamatkan lebih 300 remaja hamil anak luar nikah dalam tempoh tersebut.

“Trend mengandung luar nikah ini naik mendadak sejak wujudnya media sosial sekitar tahun 2010. Ini realiti yang berlaku di Malaysia.

“Sekarang di universiti ba­nyak kes pelajar perempuan yang jadi ‘call girl’ sebab kos sara hidup tinggi. Duit tak cukup le­bih-lebih lagi bila tengok kawan hidup mewah,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Mengikut kajian, sembilan daripada 10 pelajar wanita lebih mementingkan internet untuk popular di media sosial.

“Mereka rela tak makan, yang penting boleh selfie dan muat naik di Facebook atau Instagram,” ujarnya.

Mohamad Zaid berkata, seseorang perempuan yang terlanjur akan hilang kebergantungan diri apatah lagi jika teman lelaki meninggalkannya.

“Dia mula hilang arah, tak tahu nak ke mana, dia hanya fikir satu sahaja gugurkan anak.

“Jika kita kahwinkan dengan lelaki itu sekali pun, kebanyakannya tidak mampu bertahan. Mengikut rekod kami, mereka hanya bertahan lapan bulan. Lelaki akan ungkit selepas kahwin sebab dulu dah dapat ‘percuma’,” katanya.

Rumah Perlindungan Nur Hati menyediakan ruang transit kepada remaja hamil luar nikah selain turut menempatkan 50 lagi penghuni lain termasuk ibu tunggal, warga emas, serta kanak-kanak berstatus anak tidak sah taraf. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya