Naikkan caj RM1 ke RM5, alternatif kos baiki hospital daif -

Naikkan caj RM1 ke RM5, alternatif kos baiki hospital daif

daif
ANTARA insfrastruktur Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru yang uzur dan perlu ditambahbaik oleh kerajaan dengan segera. - FOTO/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kekangan ter­besar untuk membaik pulih hospital-hospital daif di seluruh negara adalah dari segi kewa­ngan, dengan kerajaan ketika ini mengeluarkan perbelanjaan tinggi bagi menyerap kesan pandemik Covid-19.

Berikutan itu, langkah me­ningkatkan caj hospital kerajaan yang hampir percuma seperti caj pesakit luar sebanyak RM1 dan caj rawatan pakar RM5 dilihat jalan terbaik bagi menampung dana membaik pulih hospital-hospital lama tersebut.

Bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, jika kerajaan mahu meningkatkan caj pesakit luar kepada RM5 dan caj rawatan pakar kepada RM20, tindakan tersebut adalah munasabah.

Kata beliau, tindakan itu bukan sahaja membantu kerajaan mengumpul dana untuk menambah baik fasiliti kesihatan, malah boleh menjadi suntikan semangat dan motivasi kepada barisan petugas hadapan dalam sektor kesihatan.

Pandemik Covid-19 benar-benar membuka mata kita tentang keperluan mempunyai fasiliti kesihatan yang baik. Begitu juga dengan Laporan Ketua Audit yang menyatakan hospital kita kurang kakitangan, kurang dana dan terlalu sesak,” katanya kepada Utusan Malaysia semalam.

Pendedahan eksklusif akhbar ini mengenai 46 hospital daif semalam turut menarik perhatian Kementerian Kerja Raya.

Kementerian itu dalam satu mesyua­rat khas bersama Kementerian Kesihatan dan Kementerian Perumahan dan Ke­rajaan Tempatan telah menu­buhkan sebuah jawatankuasa kerja bagi menangani masalah hospital daif di seluruh negara.

Untuk RM1 caj pesakit luar itu dinaikkan kepada RM5 dan rawatan pakar dinaikkan daripada RM5 kepada RM20, sa­ngat munasabah. Bukan sahaja untuk fasiliti, malah sebagai pengiktirafan kepada penat lelah petugas kesihatan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam.

Utusan Malaysia semalam melaporkan, sekurang-ku­rangnya 46 hospital di seluruh negara dikenal pasti sebagai ‘daif dan uzur’ berusia lebih 50 tahun yang berisiko jika berlaku kejadian tidak diingini terutama kebakaran.

Seorang lagi bekas menteri, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam pula berpendapat, walaupun mampu meningkatkan dana, tindakan itu tidak popular dan boleh menjadi modal politik pembangkang.

Beliau memberikan contoh tiga tahun lalu apabila Kementerian Kesihatan bercadang menaikkan beberapa bayaran seperti rawatan pergigian dengan pengecualian kepada golongan berpendapatan rendah, menjadi isu politik dan terpaksa ditarik balik.

Apabila ada usaha untuk meningkatkan bayaran perkhid­matan kesihatan kerajaan, ia tidak diterima khususnya oleh ahli politik. Mereka anggap ini isu yang sensitif.

Dalam situasi sekarang, dengan kerajaan yang tiada majoriti kuat, saya tak lihat kerajaan mampu melaksanakan keputusan yang tidak popular,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.