Saksikan Robot Humanoid Bertanding dalam Bola Sepak Penalti dari GSMA MWC26 Shanghai - Utusan Malaysia

PR NEWSWIRE (BM)

Saksikan Robot Humanoid Bertanding dalam Bola Sepak Penalti dari GSMA MWC26 Shanghai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHANGHAI, 24 Jun 2026 /PRNewswire/ — Robot humanoid sedang bertanding dalam perlawanan bola sepak penalti di ruang pameran MWC26 Shanghai. Berlangsung pada 24 hingga 25 Jun di Pusat Ekspo Antarabangsa Baharu Shanghai, Cabaran Penalti Bola Sepak Robot Humoid ialah pertandingan penentuan penalti secara langsung yang mempamerkan pencapaian terbaharu dalam robotik humanoid.

Pertandingan itu mengetengahkan kemajuan dalam kawalan gerakan, persepsi persekitaran, pembuatan keputusan autonomi dan keupayaan berangkaian, sekali gus menawarkan gambaran dinamik tentang bagaimana AI mudah alih bergerak daripada fasa percubaan kepada aplikasi dunia sebenar.

Rakaman B-roll dan klip video tular tersedia untuk dimuat turun di sini. GSMA menyiarkan secara langsung Cabaran Penalti Bola Sepak Robot Humoid dari ruang pameran MWC26 Shanghai, yang boleh diakses di sini.

Dianjurkan di MWC26 Shanghai dalam zon Barisan Hadapan Inovasi AI Mudah Alih, cabaran bola sepak itu menghimpunkan pasukan robotik terkemuka dan pemain industri untuk menunjukkan cara ketersambungan, pengkomputeran dan sistem pintar bergabung dalam persekitaran langsung. Penstriman langsung itu memberi peluang kepada audiens global untuk menyaksikan robot bertanding, bertindak balas terhadap keadaan masa nyata dan beraksi di bawah tekanan.

Bagi penonton, Cabaran Penalti Bola Sepak Robot Humoid menawarkan gambaran langsung tentang evolusi AI terjelma, iaitu kemajuan dalam ketersambungan dan pengkomputeran yang mendasari sistem autonomi yang semakin canggih.

Penstriman langsung itu akan merangkumi detik-detik penting pertandingan, termasuk majlis pembukaan pada 24 Jun serta separuh akhir dan akhir pada 25 Jun.

Pertandingan tersebut merupakan sebahagian daripada MWC26 Shanghai, yang berlangsung dari 24 hingga 26 Jun di bawah tema "IQ Era". Acara itu menghimpunkan ekosistem mudah alih dan teknologi global, mempamerkan kemajuan dalam AI mudah alih, 5G-Advanced dan teknologi baharu muncul, serta menyediakan platform untuk industri, pembuat dasar dan inovator mempercepat transformasi digital.

Sepanjang acara itu, MWC26 Shanghai akan menampilkan 200 pemimpin pemikiran dan penceramah serta lebih 400 pempamer, penaja dan rakan kongsi, mencerminkan skala dan capaian antarabangsanya yang semakin berkembang. Program tersebut menonjolkan bagaimana kecerdasan semakin dibina merentas sistem terhubung, dengan rangkaian mudah alih memainkan peranan utama dalam membolehkan inovasi dipacu AI merentas sektor.

Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/4990262_MS90262_6

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

TERKINI