MS Pharma Umum Pelaburan Pertumbuhan Strategik daripada Olayan Financing Company - Utusan Malaysia

PR NEWSWIRE (BM)

MS Pharma Umum Pelaburan Pertumbuhan Strategik daripada Olayan Financing Company

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Kerjasama Strategik Percepat Pertumbuhan di Arab Saudi dan Rantau MENA

AMMAN, Jordan dan RIYADH, Arab Saudi, 18 Mei 2026 /PRNewswire/ — MS Pharma hari ini mengumumkan bahawa Olayan Financing Company (OFC) telah membuat pelaburan ekuiti minoriti dalam syarikat itu. Kerjasama ini membawa dimensi strategik baharu kepada fasa pertumbuhan seterusnya MS Pharma, sekali gus memperkukuh komitmennya terhadap inovasi, peluasan serantau dan penciptaan nilai jangka panjang. Ia juga menandakan permulaan kerjasama jangka panjang antara OFC dan pemegang saham majoriti sedia ada MS Pharma yang telah menonjol menerusi kepimpinan serta kecemerlangan selama beberapa dekad dalam sektor farmaseutikal.

generated by system

Transaksi itu melibatkan MS Pharma menerbitkan modal saham baharu sebagai pertukaran bagi pelaburan tunai besar daripada OFC, sekali gus menyaksikan OFC memperoleh pegangan minoriti dalam syarikat berkenaan.

Pelaburan itu memperkukuh kedudukan kewangan serta fleksibiliti MS Pharma untuk melaksanakan pelan pertumbuhan bercita-cita tinggi di rantau Timur Tengah dan Afrika Utara (MENA), termasuk menyokong peluasan portfolio biosimilar, keupayaan pembuatan dan daya tahan rantaian bekalan di seluruh rantau bagi memberi perkhidmatan lebih baik kepada pesakit, penyedia penjagaan kesihatan dan rakan strategik.

Mengulas tentang kerjasama baharu itu, Pengerusi MS Pharma, Ghiath Sukhtian, berkata: "Kami amat berbesar hati mengalu-alukan OFC sebagai rakan strategik syarikat. Kepakaran global mereka dalam operasi dan pelaburan, selain kedudukan kukuh di Arab Saudi, akan memberikan nilai tambah yang signifikan kepada MS Pharma serta memberi manfaat kepada semua pihak berkepentingan kami. Pelaburan ini mencerminkan kualiti luar biasa dan komitmen warga kerja kami di seluruh organisasi, yang kepimpinan serta pelaksanaan konsisten mereka memainkan peranan penting dalam membangunkan MS Pharma menjadi platform seperti hari ini."

Ketua Pegawai Eksekutif MS Pharma, Kalle Kaend, berkata: "Pelaburan ini hadir pada titik penting dalam perjalanan pertumbuhan MS Pharma. Ia akan membolehkan kami memperkukuh kepakaran dalam bidang biologik, meluaskan kehadiran di Arab Saudi dan rantau MENA, serta mempercepat pertumbuhan dalam segmen biosimilar. Kami berharap dapat memanfaatkan pengalaman dan rangkaian kukuh OFC di Arab Saudi untuk mencapai sasaran bercita-cita tinggi kami, sambil terus membina organisasi berprestasi tinggi yang mencipta nilai jangka panjang kepada pesakit, rakan strategik dan kakitangan."

Ketua Pegawai Eksekutif Olayan Financing Company, Nabeel Al-Amudi, berkata: "MS Pharma telah mengukuhkan kedudukannya sebagai platform farmaseutikal terkemuka di rantau ini dengan keupayaan kukuh dalam produk generik dan biologik. Kami berbesar hati dapat bekerjasama dengan syarikat ini pada fasa pertumbuhan semasanya dan berharap dapat menyokong peluasan berterusan di Arab Saudi serta seluruh rantau MENA, sejajar dengan falsafah pelaburan jangka panjang kami."

Kerjasama itu memperkukuh lagi kedudukan kepimpinan MS Pharma dalam bidang biosimilar, khususnya di Arab Saudi, apabila fasiliti biologiknya menjadi yang pertama di negara itu menerima kelulusan Amalan Pengilangan Baik (GMP) daripada Pihak Berkuasa Makanan dan Ubat-Ubatan Saudi (SFDA) bagi pembuatan produk biologik. Pada tahun ini, syarikat itu juga merancang untuk menjadi pembekal pertama produk biologik buatan tempatan kepada pasaran Arab Saudi. Pencapaian itu mengukuhkan komitmen syarikat terhadap agenda penyetempatan di bawah Strategi Bioteknologi Nasional Arab Saudi dan Wawasan 2030. Menerusi peluasan terapi biologik berkualiti tinggi di seluruh rantau dan kerjasama rapat dengan pihak berkuasa kesihatan serantau serta antarabangsa, MS Pharma kekal komited terhadap standard tertinggi dalam kecemerlangan regulatori dan kualiti.

MS Pharma turut menyasarkan untuk memperluas kerjasama dengan rakan pembangunan dan pelesenan global, selain menawarkan keupayaan pembuatannya bagi menyokong eksport ke pasaran antarabangsa.

Maklumat tentang MS Pharma

MS Pharma ialah syarikat farmaseutikal serantau terkemuka di rantau Timur Tengah dan Afrika Utara (MENA), yang mengkhusus dalam pembangunan, pengeluaran dan pengedaran portfolio luas terapi generik dan biologik. Berada pada landasan pertumbuhan pesat, syarikat itu mengendalikan lima fasiliti pembuatan di Jordan, Algeria dan Arab Saudi, termasuk loji biologik baharu yang berkhidmat untuk pasaran MENA secara lebih meluas.

Beribu pejabat di Amman, Jordan, dengan pejabat pengurusan di Zug, Switzerland, MS Pharma menggaji lebih 2,000 kakitangan di 12 negara dan komited untuk meningkatkan akses pesakit kepada ubat-ubatan berkualiti tinggi pada harga mampu milik.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.mspharma.com.

Maklumat tentang Olayan Financing Company (OFC)

Konglomerat Olayan diasaskan pada tahun 1947 apabila pengasasnya, Suliman Saleh Olayan, menubuhkan syarikat induk yang terus beroperasi sehingga kini di bawah Olayan Financing Company (OFC), sebuah perusahaan multinasional terkemuka dengan portfolio pelbagai merangkumi lebih 32 syarikat serta pelaburan global yang meliputi Arab Saudi, Asia Barat, Afrika Utara, Turkiye dan India. Sebagai pelabur strategik jangka panjang, pelaburan OFC meliputi ekuiti awam, ekuiti persendirian, kerjasama strategik dan aset hartanah, selain portfolio salah satu pelaburan utamanya, Olayan Saudi Holding Company, yang beroperasi merentasi lima sektor utama hasil sokongan pelbagai kerjasama kukuh yang telah terjalin selama beberapa dekad. Tenaga kerja berbilang budaya OFC terdiri daripada lebih 14,500 profesional berkelayakan daripada lebih 60 negara. Sejajar komitmennya dalam mewujudkan impak positif jangka panjang kepada masyarakat, cabang filantropi OFC iaitu Suliman S. Olayan Foundation (SSOF) menyokong pelbagai inisiatif pendidikan, penjagaan kesihatan dan program khidmat komuniti. Sebagai syarikat Arab Saudi, OFC turut menyumbang secara aktif kepada matlamat Wawasan 2030 dalam aspek kepelbagaian ekonomi, kandungan tempatan, pembangunan bakat dan ekonomi kitaran.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.ofc.com.

Foto:https://mma.prnewswire.com/media/2982117/MS_Pharma_Olayan_Financing.jpg
Foto:https://mma.prnewswire.com/media/2982116/MS_Pharma_Olayan_Financing_1.jpg

https://mma.prnewswire.com/media/2982116/MS_Pharma_Olayan_Financing_1.jpg

Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/4961409_MS61409_6

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

TERKINI