- Pelancaran rasmi V Gallant GPU Lounge dan ujian beta Intelli-X, platform kecerdasan V Gallant.
- Pemeteraian MoU bersama Khalifa Intelligence, UCSI College dan Favoriot bagi memantapkan lagi usaha ke arah penerapan, pembangunan keupayaan dan pelaksanaan AI.
KUALA LUMPUR, Malaysia, 3 Mac 2026 /PRNewswire/ — V Gallant Sdn Bhd, anak syarikat VCI Global Limited (NASDAQ: VCIG), hari ini melancarkan V Gallant GPU Lounge, ruang kerja kolaboratif dikuasakan unit pemprosesan grafik (GPU) pertama di Malaysia bertujuan memperluas akses lebih luas kepada pembangunan kecerdasan buatan (AI) secara praktikal untuk pembangun dan perniagaan.
Majilis pelancaran Ruang Kerja AI Berkuasa GPU pertama di Malaysia dan Intelli-X (dari kiri): Jason Thye, Ketua Pegawai Teknologi V Gallant; Dr. Chong Aik Lee, Ketua Pegawai Eksekutif UCSI College; Dr. Mazlan Abbas, Ketua Pegawai Eksekutif Favoriot; Dr. Chan Wai Mun, Ketua Pegawai Operasi V Gallant; Yang Amat Mulia Dato’ Seri Dr. Tengku Baderul Zaman Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billal Shah; Yang Amat Berbahagia To’ Puan Seri Wan Hidayah Wan Ismail, Pengarah Urusan Khalifa Intelligence; dan Audrey Liu, Ketua Pegawai Eksekutif V Gallant.
Pelancaran tersebut turut menyaksikan pengumuman ujian beta bagi Intelli-X, platform kecerdasan V Gallant, serta pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) kerjasama strategik bersama Khalifa Intelligence, UCSI College dan Favoriot.
"Pelancaran hari ini menandakan satu pencapaian penting buat V Gallant dalam memacu penggunaan AI seperti yang kita hasratkan di Malaysia, praktikal, boleh dipercayai dan berteraskan keperluan sebenar industri. Kami adalah rakan transformasi AI anda. Ini bermakna fokus kami bukan sekadar membuka akses kepada teknologi, tetapi turut bekerjasama rapat dengan organisasi sebagai rakan perunding bagi mengurangkan beban kerja manual harian melalui pengautomasian agentik, supaya tenaga kerja dapat memberi tumpuan penuh kepada usaha memacu pertumbuhan. Kerjasama yang dimeterai hari ini mencerminkan komitmen tersebut dengan memperkukuh akses kepada pasaran, pembangunan bakat serta inisiatif yang diperlukan untuk memperluas penggunaan AI," kata Ketua Pegawai Operasi V Gallant, Dr. Chan Wai Mun.
Memperkenalkan V Gallant GPU Lounge dan Intelli-X
Tumpuan utama pelancaran ialah V Gallant GPU Lounge, sebuah ruang kerja berfokuskan AI yang dikuasakan GPU berprestasi tinggi, termasuk NVIDIA Blackwell. Ruang ini yang direka untuk penyelidik, perusahaan dan komuniti teknologi lebih luas, menyediakan akses pengkomputeran atas permintaan dalam persekitaran kolaboratif yang menyokong pembelajaran, eksperimen serta penglibatan komuniti.
GPU Lounge turut dilengkapi dengan Intelli-X, pembantu analitik dan agentik AI ZeroTrace milik V Gallant, yang kini tersedia untuk ujian beta di ruang kerja tersebut. Sebagai alternatif mampu milik, selamat dan sedia untuk kegunaan perusahaan berbanding alat perisikan perniagaan (BI) tradisional serta model AI generatif biasa, Intelli-X direka untuk membantu organisasi menukar data perniagaan kepada cerapan berguna melalui penjanaan laporan automatik, kecerdasan berasaskan keperluan jabatan, pertanyaan data perniagaan dan automasi aliran kerja.
Kerjasama Strategik bagi Memperkukuh Pemerkasaan AI
Bagi memperkukuh komitmennya terhadap pembangunan ekosistem dan memperluas penggunaan AI secara praktikal, V Gallant turut memeterai tiga MoU kerjasama:
- MoU Kerjasama Strategik bersama Khalifa Intelligence, bagi memperluas akses pasaran dan peluang kolaborasi, yang ditandatangani bersama Pengarah Urusan Khalifa Intelligence, Yang Amat Berbahagia To’ Puan Seri Wan Hidayah Wan Ismail.
- MoU Kerjasama Strategik bersama UCSI College, bagi menyokong inisiatif pendidikan, pembelajaran gunaan dan pembangunan bakat, yang ditandatangani bersama Ketua Pegawai Eksekutif UCSI College, Dr. Chong Aik Lee.
- MoU Kerjasama Intelli-X bersama Favoriot, bagi menyokong usaha serta kolaborasi merangkumi aspek pelaksanaan dan pengintegrasian, yang ditandatangani bersama Ketua Pegawai Eksekutif Favoriot, Dr. Mazlan Abbas.
Semua kerjasama ini bertujuan memperkukuh ekosistem bagi memacu penggunaan AI melalui perluasan akses, pembangunan keupayaan dan menyokong pelaksanaan sebenar merentasi pelbagai sektor.
Sempena pelancaran ini, V Gallant turut menawarkan diskaun sehingga 20% untuk tempoh terhad bagi tempahan GPU Lounge, membolehkan lebih ramai pembangun dan organisasi mendapat akses kepada ruang kerja serba lengkap di samping meneroka penggunaan AI secara praktikal. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila layari https://vgallant.ai/ atau hubungi kami melalui WhatsApp di https://wa.me/60183832498.
Mengenai V Gallant
V Gallant Sdn Bhd ialah anak syarikat VCI Global Limited (NASDAQ: VCIG), sebuah penyedia infrastruktur AI, GPU-sebagai-satu-Perkhidmatan dan penyelesaian keselamatan siber yang berpangkalan di Malaysia. Sebagai syarikat infrastruktur dan penyelesaian kecerdasan buatan (AI) bersepadu, V Gallant komited untuk memacu penggunaan, perluasan, serta akses AI termaju kepada individu, syarikat pemula dan perusahaan. Misi utamanya adalah untuk mengurangkan halangan teknikal dan kos yang mengekang penerimaan serta pelaksanaan AI secara meluas.
Ekosistemnya menggabungkan penganalisisan berteraskan privasi dengan sumber pengkomputeran fleksibel serta perkhidmatan kejuruteraan secara terus. Penawaran utamanya termasuk Intelli-X, platform analitik dan cerapan pintar boleh skala; Compute-X yang menyediakan pelayan GPU pra-konfigurasi dengan pilihan sewa-milik fleksibel; serta GPU Lounge, ruang kerja kolaboratif yang menawarkan akses atas permintaan kepada infrastruktur pengkomputeran tercanggih. Selain itu, pasukan perunding V Gallant turut bekerjasama dengan pelanggan untuk mereka bentuk, membangun dan melaksanakan penyelesaian AI yang disesuaikan, disokong oleh kepakaran kejuruteraan tempatan.
Bagi memenuhi keperluan perniagaan dan komuniti di Malaysia dan pasaran lain, V Gallant mendemokrasikan penggunaan AI melalui pengintegrasian infrastruktur, perkongsian sumber dan penyelesaian inovatif yang boleh diskalakan dengan keperluan organisasi.
Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/4899882_MS99882_6










